Kemahiran digital menjadi antara kemahiran yang perlu dikuasai bagi memastikan kandungan media yang ingin disampaikan menarik dan mencapai matlamatnya. Sehubungan itu, Social Takaful Fund (STF) IBS UUM menganjurkan Bengkel Kreatif Canva pada 4 Disember 2025 untuk pelajar dan staf di Bilik Latihan FWD Takaful, Pusat Pengajian Perniagaan Islam UUM.
Bengkel disampaikan oleh En Muhammad Nazmi, Staf IBS UUM yang berpengalaman luas dalam menghasilkan kandungan media menerusi aplikasi Canva. Seramai 25 peserta hadir dalam bengkel yang memfokus kepada teknik asas Canva serta penciptaan kandungan media seperti poster, video dan lain-lain lagi. Program ini memberi nilai tambah kepada peserta dalam melaksanakan tugasan yang melibatkan kandungan media pada masa hadapan.
#socialtakafulfund
#stfeducationalempowerment