Berita STF

Program Santai Bersama Komuniti Kg Bukit Berangan, Sik, Kedah

Lokasi : Kg Bukit Berangan, Sik, Kedah || Tarikh : 04-10-2025

Placeholder Placeholder Placeholder Placeholder

Social Takaful Fund IBS UUM bekerjasama dengan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) Wilayah Utara menganjurkan Program Santai Bersama Komuniti Kg Bukit Berangan, Sik, Kedah pada 4 Oktober 2025. Program yang memfokus kepada kesedaran kewangan serta khidmat komuniti ini menghimpunkan hampir 600 peserta sekitar Sik.

Pelbagai kempen kesedaran kewangan & sumbangan telah disampaikan oleh agensi seperti BSN, SSPN, TNB, YAPEIM, Adabi dan lain-lain. Pada program ini juga, Dekan Pusat Pengajian Perniagaan Islam UUM, Prof Dr Selamah Maamor menyampaikan sumbangan tunai & barangan kepada 5 pelajar asnaf sebagai sebahagian dari usaha pembangunan komuniti IBS.

#socialtakafulfund

#stfcommunityengagement

HyperLink