Universiti Islam Antarabangsa Tuanku Syed Sirajudin (UniSIRAJ) bekerjasama dengan Social Takaful Fund IBS UUM dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja Wilayah Utara dalam menganjurkan forum “Membina Masa Depan – Perancangan Harta & Persaraan dengan KWSP Syariah” sempena FMKI Talk Series 12.0, yang berlangsung di kampus UniSIRAJ pada 9 Oktober 2025.
Forum ini menggandingkan Dr. Zaharuddin Abdul Rahman (Prof Adjung UniSIRAJ) Dr. Mohamad Yazid Isa (Pengurus Social Takaful Fund) dan Puan Rozanah Abdul Rahim (Ketua Perancangan Strategi KWSP Wilayah Utara) bagi membincangkan pengurusan harta dan perancangan persaraan.
Seramai 150 peserta yang terdiri dari staf dan pelajar UniSIRAJ hadir bagi mengikuti forum dan mengetahui informasi berkaitan persaraan dan literasi kewangan di reruai Social Takaful Fund dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja.
#sosialtakafulfund
#stfeducationalempowerment
#FMKITalkSeries
#kwspsyariah