Podcast menjadi trend masakini dalam penyebaran maklumat dan berdiskusi. Selaras dengan perkembangan ini, Social Takaful Fund IBS UUM mengambil inisatif mewujudkan studio podcastnya dalam memperkasakan agenda literasi kewangan serta mempromosikan kesedaran kewangan di kalangan pelajar & masyarakat.
Studio ini secara rasmi beroperasi pada 17 Jun 2025 dengan menampilkan beberapa panelis dalam membincangkan kepentingan dan kesedaran masyarakat mengenai pengurusan kewangan. Buat permulaan, Dana Sosial Takaful bekerjasama dengan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dalam mengadakan 5 siri podcast sepanjang bulan Jun 2025 berkaitan pengurusan risiko dan perancangan persaraan.
Dengan beroperasinya studio podcast ini, penyebaran ilmu dan kesedaran kewangan akan dapat disampaikan dengan lebih efisien. Ia juga memberi nilai tambah kepada pelajar kerana rakaman dan pengeditan podcast ini akan dikendalikan sepenuhnya oleh pelajar. Rakaman podcast akan disiarkan dalam platform sosial media untuk tontotan umum dalam masa terdekat.
#socialtakafulfund