Berita STF

Bengkel Literasi Kewangan @ Sekolah Kebangsaan Changkat Jawi

Lokasi : Sekolah Kebangsaan Changkat Jawi, Arau, Perlis || Tarikh : 24-06-2025

Placeholder Placeholder Placeholder Placeholder

Literasi kewangan merupakan ilmu yang perlu dikuasai seawal usia muda. Sehubungan itu Social Takaful Fund IBS UUM mengambil inisatif mengadakan Bengkel Literasi Kewangan melibatkan 54 orang murid di Sekolah Kebangsaan Changkat Jawi Arau Perlis pada 24 Jun 2025. Bengkel ini mendedahkan pelajar mengenai asas kewangan dan takaful. Ia dijalankan menerusi aktiviti ceramah perancangan kewangan serta pelbagai jenis permainan perancangan kewangan.

Bengkel ini dikendalikan oleh para pelajar kursus Pengurusan Risiko dan Takaful UUM di bawah penyeliaan Dr Mohamad Yazid Isa. Guru Besar En Rozlan Othman menzahirkan penghargaan kepada UUM kerana memilih sekolah yang terletak di luar bandar dengan 200 orang pelajar. Semoga para pelajar mendapat manfaat dari penganjuran program ini

#socialtakafulfund

HyperLink