Berita STF

Bengkel Literasi Kewangan Kolej Poly Tech MARA Kota Bharu

Lokasi : Kolej Poly Tech MARA Kota Bharu, Kelantan || Tarikh : 24-02-2025

Placeholder Placeholder Placeholder Placeholder

Pengurusan kewangan merupakan ilmu yang perlu dikuasai bermula dari usia muda. Sehubungan itu Social Takaful Fund IBS UUM mengambil inisatif mengadakan Bengkel Literasi Kewangan @ Kolej Poly Tech MARA Kota Bharu Kelantan pada 24 Februari 2025 kepada 100 pelajar di kampus KPTM Kota Bharu Kelantan.

Bengkel yang dikendalikan oleh Dr Amirul Haqeem dan Dr Muhammad Abrar dari Pusat Pengajian Perniagaan Islam (IBS) UUM memfokuskan perancangan kewangan peribadi bagi golongan muda dalam memulakan kerjaya selepas menamatkan pengajian. Ia meliputi aspek pengurusan aset dan hutang, perancangan takaful serta pengurusan harta dan pelaburan. Program ini membuka minda peserta mengenai realiti kewangan yang memerlukan kepada perancangan agar peserta tidak berhadapan dengan masalah kewangan pada masa hadapan.

#socialtakafulfund

HyperLink